Saturday, October 4, 2008

Minnal aidil walfaizin

Salam lebaran wt sume pembaca blog yang tak seberapa nie. Dah raya ke tiga nie la baru Anggun berkesempatan meluangkan masa tuk mengupdatekan blog nie. Anggun bukan tiada masa tuk mengupdatekan blog cuma kepenatan kerana sehari suntuk menziarahi sanak saudara. Seperti kelaziman hari raya pertama Anggun akan berada di rumah atuk nenek sebelah mak Anggun pada pagi raya sehinggalah petang dan kemudian barulah ke rumah Pak Long sebelah ayah. Pada hari keduanya, Anggun akan menziarahi saudara mara di sebelah ayah Anggun. Begitulah rutin saban tahun tatkala meraikan hari raya Aidilfitri. Macam - macam gelagat dapat dilihat semasa berada bersama sepupu - sepupu Anggun sebelah emak. Anggun nie cucu kedua dewasa di kalangan sepupu Anggun. Dalam keluarga sebelah emak, kami sepupu sepapat nie boleh dibahagikan kepada dua kategori. Satu yang remaja dan lagi satu yang budak - budak kecil. Yang remaja nie kebanyakan nye dah bekerja. Yang budak - budak kecil nie umur baru sekolah rendah ataupun bawah tujuh tahun. Tengok gelagat adik - adik kecil yang lincah memang meriuhkan suasana keluaraga Anggun tatkala berkumpul beramai - ramai. Setahun sekali begini memang seronok, tapi yang tak seronoknye bile soalan cepumas disoal keluarga. Anggun seperti biasa dengan jawapan yang sama belum bersedia dari segi kewangan, hehehehe.....okay enough bout raya.

Owh tadi Miss Diva call Anggun. Terperanjat Anggun bile dapat tahu yang dia kemalangan seminggu sebelum puasa. Semoga Miss Diva cepat sembuh tubuhnya dan hatinya. Ye lah tak cukup dengan kemalangan motornya pula dicuri,eh BMW bike sorry...pec lub. Anyway, Miss Diva dan Anggun dah sepakat nak tukar nama blog kepada peparikertas. Sebelum Anggun tukar nie, Anggun nak bagitao la kepada sume pembaca blog nie. Nanti takut tak dapat cari pulak. Okie Anggun akan tukar nama nie bile Anggun dah siap dgn tagline baru maybe dlm minggu hadapan. XOXOXO dr Anggun

No comments: