Anggun kalau bab - bab majlis anugerah nie memang suke tengok kt tv. Maklumla time nie je dapat tengok artis - artis buat performance kat pentas dengan gimik - gimik dieorang kan. So Anggun pun tengokla Anugerah Skrin 2008 di TV3. Itupun selepas tea lady Indon kt opis Anggun kecoh - kecoh kat opis semalam bagitao pasal Anugerah Skrin nie. Bukan main bising lagi Akak Fuzie tu bitao kat sume orang nak balik cepat pasal takut terlepas tengok Anugerah Skrin. Akak Fuzie tue siap teka lagi sape yang menang pelakon lelaki terbaik. Akak Fuzie nie kalau gosip - gosip hiburan memang nombor satu.
Bercerita pasal Anugerah Skrin 2008 yang berlangsung di PWTC ni seperti penganjuran - penganjuran majlis anugerah yang lain kelihatan agak hambar. Entah mengapa semenjak dua nie, majlis - majlis anugerah kurang menyengat. Mungkin Anggun menonton dari kaca televisyen dan tak merasai kehangatan suasana di dewan majlis. Mungkin juga Anggun tidak lagi menontonnya bersama - sama kawan - kawan seperti di zaman universiti dulu, berebut bilik menonton semata - mata untuk melihat majlis anugerah hiburan tanahair.
Selalunya yang menarik perhatian Anggun untuk melihat event - event seperti ini ialah persembahannya. Sejak Dato' Siti memakai tudung 3/4 tutup tue, persembahan pentas di event anugerah belum ada yang cukup ummphh. Persembahan pembukaan Anugerah Skrin walaupun menampilkan dua penyanyi bersuara hebat Noryn dan Nikki belum cukup untuk memukau penonton. Persembahan dari Faizal Tahir dengan lagunya "Coba" seperti persembahan biasa sahaja, mungkin Faizal Tahir telalu berhati - hati dalam persembahan bagi mengelakkan kejadian dahulu berulang. Yang penting Anggun tau Akak Fuzie suke sebab ade Faizal. Persembahan daripada empat orang pelakon iaitu Emelda, Ary, Faradhiya dan Adiputra dengan lagu 'Seiring Sejalan' juga agak berhati - hati. Cuma yang menonjol ialah Faradhiya. Well, she is a singer after all. Cuma Anggun tidak menyangka yang Faradhiya berkebolehan menyanyi sebegitu baik pada malam itu.
Kredit harus diberikan untuk persembahan Adibah Noor dan Lah Ahmad. Meremang bulu roma! Gandingan yang mantap dan masih ada ruang untuk lebih menghiburkan. Pun begitu, Anggun rasa ada certain part Lah terlalu over mengalunkan lagu dan kedengaran agak pelik. Jac pula seperti biasa persembahannya yang menampilkan kebolehan vokal key tinggi nya dan tidak ada apa - apa yang lebih dari itu. N last but not least, persembahan Dato Siti yang biasa - biasa sahaja dan tidak ada kelainan (Omg! Kakak Siti, Saida dah buat video clip dengan lagu melankolik which I doubtly think she would sing well like Siti or at least sing in a nice tune). Pengacara pula tidaklah terlalu menghampakan dan jika diberi peluang pastinya akan dapat melakukan dengan lebih baik lagi.
No comments:
Post a Comment