Tuesday, May 26, 2009

Selamat Bersua Kembali

Salam buat pengunjung blog yang tidak seberapa ini. Sudah agak lama Anggun tidak mengarang di sini, apatah lagi setelah Anggun memberi kepercayaan penuh kepada kawan Anggun untuk menghias dan mencoret nukilan beliau di blog ini. Namun, kerinduan Anggun tuk meluahkan perasaan Anggun di blog ini tidak tertanggung lagi. Begitu banyak yang Anggun ingin sampaikan. Anggun ingin mengambil ruang di blog ini untuk mengadu pada yang sudi mengunjungi dan membaca ruangan di blog ini.
Ya, Anggun telah menukar headline di atas bertepatan dengan pengisian yang akan dipenuhkan di blog ini. Semuanya akan berkisarkan pada kehidupan. Tidak kisahlah kehidupan siapa, mungkin kehidupan penulis-penulis di blog ini mungkin juga kehidupan dari sudut pandangan penulis-penulis blog ini dan mungkin juga ianya akan berkisarkan haiwan dan tumbuhan. Ianya tidak terbatas kerana dunia kita kini tiada bersempadan.
Anggun harap kali ini Anggun akan lebih rajin untuk senantiasa menulis di blog ini. Mungkin ini akan menjadi cara untuk Anggun berkomunikasi khususnya buat teman-teman Anggun yang mungkin pada hemat mereka Anggun tidak lagi peduli akan mereka. Anggun sebenarnya sukar tuk menceritakan apa yang berperang dalam diri Anggun kerana Anggun lebih suka mendengar daripada bersuara. Biarlah orang senang dengan Anggun kerana Anggun sudi meminjamkan telinga.


No comments: