Thursday, July 10, 2008

This is 4 u.......

Yes, dis is 4 u! I know ur goin' 2 read dis.

Bukan maksudku tuk menghiris perasaan mu. Namun kurasa ku perlu mengingatkan mu sekali lagi. Masa akan berlalu tanpa menunggu kita bersedia atau pun tidak untuk menempuhi onak ranjau kehidupan. Usia pasti meningkat hari demi hari. Semakin hari semakin kita kesuntukan masa. Pernahkah kau terfikir mengapa K selalu mengeluarkan perkataan lima perkara yang mahu dilakukan sebelum mati atau 10 tempat yang harus dikunjungi sebelum menemui ajal? Pastinya ada maksud di sebalik itu. Pasti K mempunyai sebilangan hasrat yang mahu dilakukan agar dia puas berada di muka bumi ini. Tidakkah kau mempunyai cita dan hasrat untuk dikecapi sebelum ajal menemui.

Bangunlah! Tinggalkan dunia keselesaan mu itu! Tidakkah kau merasai duniamu kosong? Mengapa kau sering menganggap dirimu pelik seolah kau menghina pemberian Tuhan. Kau yang sering menganggap dirimu begitu. Dan kau yang memilih untuk menjadi begitu. Jangan salahkan orang lain untuk itu, jikalau kau sendiri memilih untuk memencilkan diri.

Aku tidak punya apa untuk membantu mu menjalani kehidupanmu. Aku tiada kuasa untuk mengubah mu jikalau kau sendiri enggan melakukan perubahan itu. Bukalah pintu hatimu itu.

1 comment:

Anonymous said...

oh cik anggun... hanya Tuhan akan membalas jasa baik cik menolong mek dgn memberi tempat berteduh dulu pada mek dan anak2 (tak pasal)... tak ada sapa akan menyalahkan cik puan dgn keputusan cik puan tu, kini ada lah masa nya! hei sundel, aku tgk doh hell boy, best sialllllllllllllllllllll