Saturday, September 27, 2008

Syawal tiba lagi....

Diam tak diam sudah 27 hari umat Islam berpuasa dan kemudian akan tiba pula bulan Syawal. Umat Islam akan menyambut perayaan Idulfitri pada bulan Syawal ini. Anggun mengambil kesempatan ini tuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang mengenali Anggun dan semua umat Islam yang sudi berkunjung ke blog ini. Anggun meminta maaf dari hujung rambut ke hujung kaki jikalau ada tersalah dan silap mahupun terkasar bahasa sehingga mengguriskan hati sesetengah pihak.

Aidilfitri kali ini akan disambut dengan penuh kesyukuran oleh Anggun. Kali ini Anggun berkemampuan untuk membeli persiapan raya tuk keluarga Anggun. Syukur kerana pada bulan Ramadhan ini Anggun menerima dua berita gembira. Pertama, Anggun diberi duit raya sebulan gaji tanpa potongan EPF dan SOCSO. Kedua, bermula bulan hadapan Anggun tidak akan bekerja lagi padi hari Sabtu. Dengan itu diharap Anggun dapatlah meluangkan lebih masa untuk menulis di blog ini. Sekian sahaja coretan kali ini. Berjumpa kita lagi nanti.

Friday, September 19, 2008

Dalam hati sape yg tahu..........

Perasan tak post - post yang dihantar oleh Miss Diva Mcd dan Latitia Wollongong sebelum nie dieorg byk meluahkan perasaan dorunk tentang kehidupan mereka. Well, life is not easy! To Latitia, Anggun memahami keadaan uol. Miss Diva perlu tahu tidak semua orang tu sama. Luaran dan dalaman kadangkala tidak sama. Luar nampak suka tapi dalam sebenarnye kita tak tahu. Bukan la bermaksud menjadi hipokrit dan menipu diri tapi keadaan memaksa tuk melakukan sebegitu. Tp ada satu yg Anggun setuju dgn Miss Diva. Kalau x mahu org tao, kenapa mendedahkan diri sebegitu rupa dgn pemakaian yg menimbulkan syak wasangka orang? Satu yang Anggun katakan hidup sentiasa punya pilihan. Buatlah pilihan dengan rasional. Walau apapun, Anggun doakan kebahagian buat Latitia dan Miss Diva.

Sebenarnye salah satu tujuan Anggun membina blog ini untuk meluahkan perasaan Anggun tapi entah mengapa susah tuk Anggun meluahkannya. Anggun memang suka memendam rasa sebab tak ramai yang paham dengan Anggun. Entahlah, Anggun harap satu hari nanti Anggun ada seseorg yang sanggup mendengar isi hati Anggun nie. Tapi takpe, sekurang-kurangnya blog nie dapat digunakan oleh Latitia n Miss Diva tuk mencurahkan rasa hati mereka.

Wednesday, September 17, 2008

13 hari lagi!

uhhh,tak sabar rasenyer nak sambut bulan syawal ni!so mbakk anggun n miss diva,dah prepare ape2 yg patut ke?tak sabar nak shopping kat jalan TAR mlm raya nanti!ha,malam raya?tak balik kampung ke latitia ni?kampung latitia kat kl je.tapi yg pasti sesape yg tak penah pergi jalan TAR pd malam ray,latitia suggestkan ,PERGI!memang seronok sgt2!last year,latitia kat sana sampai pukul 5.30 pg!memang tak ingat dunia!bayangkan,kuih raya yg rm20 sebekas,boleh djual pada harga rm1!yea rm1 semua!memang berebut la org2 kat situ beli!dari berbukit terus tinggal meja je!betapa seronok n meriahnyer jalan TAR pada malam raya!so ,pada yg balik awal tahun ni,rugi tak g!oklah,latitia nak pergi beli bahan2 nak masak buka ..jupe lagi dalam catitan yg seterusnyer,assalamualaikum....

miss.diva mcd1thanks for everything

wah,tajuk very the ala2 cerita too wong foo!
Anyway miss diva(diva maksud dia bukan dewa2 ke?ni mesti dewi keling kot!hahah) diva2,maybe my situation dgn u tak sama,u kan jenis yg memang suka dikeji oleh orng ramai.Latitia not ready to be that kind of person like u.reality check gurls,situasi yg berbeza membuatkan kite brtindak mengikut arus,kalo u dah keje kat tempat yg sah2 tak akan menerima kaum nabi lut,tak kan u nak come out from the closet and tell everyone who u really are,is that crazy or what,as if u r digging ur own grave,rite?so the best thing i can do is just pretend to be some one else for a moment,but bila dah gathering ngan kawan2 selahanat,iam coming out! take my advise mis diva,stop chasing mane2 jantan,let them come to u!(even do theres no 1) u cannot push people to like u,let them like u as what u are.and wish of luck to u over there,be a good lecture k!

Monday, September 15, 2008

SALAM MAAF DAN SALAM SAYANG BUAT SEMUA.......

sebenarnya mek ni bukannya ape...bukannya x nak update blog......dr minggu lepas lagi mek da berkobar2 nak meng"update"kan blog ni....tapi keje mek kat kolej ni last week very the bagaikan neraka dunia.....HAZAB occay mek minggu sdh!!!!......kepada MISS LATITIA WOLONGGONG...(mek rasekan mek tau le sape gurik ni....hahahahaha.....CAROTTT.....)...well firstly welcome to our blog big world(kaedahnye besarkah blog kamu ini mmbak Anggun????...)...kaedahnye ko ni miss LW bukan gaykah?????...yang every weekend duluw2 tu weols kan slalu g cor kat taman tasik hahahahahaha......still tak nak mengaku GAY???!!!!....nyah...klu ko merasakan yang bebanan ko bertambah sebab org sekeliling start knowing who u really are...the easy n fastest way is to do a CONFIRMATION WORDS!!!!!...sebab ape mek cakap macam ni....coz uols sendiri dah menunjukkan diri uols dari cara pemakaian uols (tapi cara uol cakap pon da pecah lobang hahahahahha.....lariksssssss....) uols malu org opis uols cakap uols gayah tapi uols memang gayahkan.....just admit it......hahahahaha....k la mek da nak stat class da ni...nant mek upgrade n sampaikan salam mek dr ipoh ni lagik k.....daaaaaa....

i miss u gurls a lot...

from ipoh with hope to find true LOVE
xoxo gossipgirl

Sunday, September 14, 2008

Newbie in da house!

First n utmost, Anggun wanna welcome a new member on dis very tiny little blog. Miss Latitia Wolonggong, I hope I've spelt it right, cos the 1st time I heard bout it Anggun was so confused. What kind of name is dat? I thought it was Thais, but no it was a place or to be specific a name of a university in New Zealand. Whatever!
So now here it is a new gal in dis blog, ready to blow up your mind! What am I doing? Anggun was questioning what da hell am I doing? Letting up more people in dis blog, while the amount of da people reading dis blog is not dat big. Will she update dis blog? We'll see.....in da meantime Anggun would not be updating frequently dis blog during dis fasting month. Well, there's a lot of things Anggun have to do dis month since I'm selling kuih raya. Hopely Miss Diva Mcd will return n start writing again soon........till then XOXO...

mcm mane yek?

hmmm,LW baru dpt tau yg kawan latitia ni dia not being honest to one of my best friend,latitia serba salah sebab kena rahsia kan perkara ni dr best friend latitia sendiri.nak bg tau dia,tp latitia dah pun berjanji di bulan ramadhan al mubarak ni tok keep the secret to my self.ahhhh,hati latitia ni very the membuak buak nak bg tau,but janji tetap janji.mcm mane ni mbakkk anggun .help me

Soalan Maut Latitia Dapat dr Officemate!

mbakk tak brape anggun
latitia menghadapi dilema diluar kawalan latitia skarang.latitia ada rapat ngan sorang pompuan kat opis,memang rapat la,sampai ada yg ingat kite org ni kaple pdahal this gurl dah kawin pun.thats not the point.the point is aritu dok borak2 ala2 gossip gurl sambil baca mastika,boleh plak dia tanya,latitia ko ni gay ke?????????????????? terkedu tahap frozen latitia wolonggong dwatnyer!yg lagi bset nyer mbakk anggun,kawan dia dok opis sebelah pun tanya kat dia,kawan ko tu gay ke?nampak macam gay je?wahhhhhh,nampak sangat Latitia Wolonggong ni bila jalan nak ke opis di perhatikan dari hujung rambut sampai ke kasut obermain Latitia!

ehmm....

ehmmmm.....anggun susah sangat skunk nk luang masa tuk update blog nie.....nampak gaya miss diva mcd pn mcm tu.....ye lar xkan la die nk duk kt kfc siang2 ari semata2 nk dptkan wi-fi. arus dipandang serong orang tgk mdm duk kt kfc bln2 pose nie kan..... xpose ke ape? klu ye pn uzur, malu sket yg kita x pose kan? ni pn anggun gigihkan tuk mengupdatekan blog nie dgn idea2 yg merapu.....tp anggun ade terpikir nk tukar name blog la.....ape kate uol sume pembaca blog yg setia? nk tukar name yg pendek sket......tlg bg idea yek.....

Monday, September 1, 2008

Ahlan Ramadhan!

Baru sahaja kita menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke 51 negara kita semalam. Perayaan ini disambut secara sederhana dan dengan penuh kemakmuran yang kita nikmati selama ini. Banyak fakta sejarah telah menunjukkan bahawa kemerdekaan yang kita ada sekarang ini bukanlah diperolehi dengan mudah. Justeru itu kita harus menghargainya. Satu lagi fakta sejarah yang telah dikeluarkan oleh arkib negara ialah asal- usul bendera tercinta kita rakyat Malaysia, 'Jalur Gemilang'. Jalur Gemilang telah direka seperti yang kita lihat sekarang oleh seorang arkitek yang berasal dari Johor. Hanya warna pada bulan dan bintang di Jalur Gemilang asalnya direka berwarna putih namun setelah dipersetujui oleh Majlis Raja- Raja, warna itu ditukar kepada kuning bagi melambangkan kedaulatan institusi Diraja negara kita.

Ahlan ya Ramadhan! Ya, hari ini bermulalah umat Islam di negara Malaysia berpuasa. Bulan yang mulia lagi diberkati ini, Anggun harus la sopan uol.....sebab tu la uol tengok bahasa Anggun begitu skema sekali gittew! Anggun nak ucapkan Selamat berpuasa kepada semua umat Islam! Tingkatkan lah keimanan dan ketakwaan kita kepada Yang Maha Esa. Oh, masjid kat atas ni bukan la masjid yg ada di Malaysia sebaliknya ini adalah Masjid Omar Ali Saifuddin yang terletak di Brunei Darussalam. Bila bulan puasa nie Anggun rindu waktu berpuasa semasa belajar dulu. Meriah walaupun sederhana. Berpuasa bersama teman -teman seperjuangan......I miss u guys a lot.......occay Anggun nak solat Subuh dulu........