Diam tak diam sudah 27 hari umat Islam berpuasa dan kemudian akan tiba pula bulan Syawal. Umat Islam akan menyambut perayaan Idulfitri pada bulan Syawal ini. Anggun mengambil kesempatan ini tuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang mengenali Anggun dan semua umat Islam yang sudi berkunjung ke blog ini. Anggun meminta maaf dari hujung rambut ke hujung kaki jikalau ada tersalah dan silap mahupun terkasar bahasa sehingga mengguriskan hati sesetengah pihak.
Aidilfitri kali ini akan disambut dengan penuh kesyukuran oleh Anggun. Kali ini Anggun berkemampuan untuk membeli persiapan raya tuk keluarga Anggun. Syukur kerana pada bulan Ramadhan ini Anggun menerima dua berita gembira. Pertama, Anggun diberi duit raya sebulan gaji tanpa potongan EPF dan SOCSO. Kedua, bermula bulan hadapan Anggun tidak akan bekerja lagi padi hari Sabtu. Dengan itu diharap Anggun dapatlah meluangkan lebih masa untuk menulis di blog ini. Sekian sahaja coretan kali ini. Berjumpa kita lagi nanti.
No comments:
Post a Comment