Ahlan Ramadhan!
Baru sahaja kita menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke 51 negara kita semalam. Perayaan ini disambut secara sederhana dan dengan penuh kemakmuran yang kita nikmati selama ini. Banyak fakta sejarah telah menunjukkan bahawa kemerdekaan yang kita ada sekarang ini bukanlah diperolehi dengan mudah. Justeru itu kita harus menghargainya. Satu lagi fakta sejarah yang telah dikeluarkan oleh arkib negara ialah asal- usul bendera tercinta kita rakyat Malaysia, 'Jalur Gemilang'. Jalur Gemilang telah direka seperti yang kita lihat sekarang oleh seorang arkitek yang berasal dari Johor. Hanya warna pada bulan dan bintang di Jalur Gemilang asalnya direka berwarna putih namun setelah dipersetujui oleh Majlis Raja- Raja, warna itu ditukar kepada kuning bagi melambangkan kedaulatan institusi Diraja negara kita.
Ahlan ya Ramadhan! Ya, hari ini bermulalah umat Islam di negara Malaysia berpuasa. Bulan yang mulia lagi diberkati ini, Anggun harus la sopan uol.....sebab tu la uol tengok bahasa Anggun begitu skema sekali gittew! Anggun nak ucapkan Selamat berpuasa kepada semua umat Islam! Tingkatkan lah keimanan dan ketakwaan kita kepada Yang Maha Esa. Oh, masjid kat atas ni bukan la masjid yg ada di Malaysia sebaliknya ini adalah Masjid Omar Ali Saifuddin yang terletak di Brunei Darussalam. Bila bulan puasa nie Anggun rindu waktu berpuasa semasa belajar dulu. Meriah walaupun sederhana. Berpuasa bersama teman -teman seperjuangan......I miss u guys a lot.......occay Anggun nak solat Subuh dulu........
No comments:
Post a Comment