Saturday, December 20, 2008

Diari dari Hati

Lama sungguh Anggun tak bercerita di sini. Agak bersarang jugalah blog ni, sehingga ditegur oleh anak ayam Anggun. Bukannya Anggun tidak mahu bercerita di sini lagi, tapi keadaan Anggun tidak membenarkan Anggun becerita di sini. Al maklum lah hobi Anggun yang terbaru ialah menyumbangkan suara di kelab-kelab karaoke bersama-sama rakan Anggun. Namun sejak akhir-akhir ini Anggun seakan sedar yang Anggun selalu meluahkan perasaan Anggun kepada rakan-rakan. Terima kasih kepada mereka kerana sudi mendengar terutamanya anak cucu Anggun.
Oleh itu, di ruangan Susur Galung Intan Terpilih ini Anggun dedikasikan buat insan-insan seperti Anggun tuk meluahkan perasaan mereka. Kali ini Anggun akan bercerita tentang seorang insan intan terpilih yang telah meluahkan perasaannya kepada Anggun. Beginilah apa yang diluahkannya kepada Anggun:

Anggun,
Mek nie masih lagi belajar di universiti. Mek akan memasuki semester ke-empat program diploma. Mek mengambil diploma perakaunan. Kalau Anggun tanya Mek adakah mek minat akaun, mek sendiri pun kurang pasti. Inilah yang mek ingin ceritakan pada Anggun.
Setelah menerima keputusan SPM, mek memohon untuk memasuki universiti. Dengan keputusan yang tidak seberapa, mek pohon juga. Ketika megisi borang permohonan, mek telah bertanya kepada ibu mek. Mek bertanya kepada ibu mek sama ada dia mebenarkan mek tuk mengambil jurusan arts & design. Ya, mek menyimpan hasrat tuk menjadi pereka fesyen. Namun, ibu mek tidak mebenarkannya. Katanya bukankah lebih baik kalau mek mengambil jurusan perundangan dan perakaunan mengikut yang disarankan oleh pakcik mek. Hati mek hancur ketika itu. Mek tidak dapat restu daripada ibu mek tuk mek menggapai impian mek. Apa yang boleh mek lakukan kerana mek takut menderhaka. Anggun, selepas itu mek mendapat tawaran untuk mengikuti program diploma perakaunan yang sedang mek ikuti sekarang ini. Walaupun, mek tidak minat namun kerana ibu, mek harungi jua. Alhamdulillah, mek berjaya mengharungi dua semester dengan baik malahan mek mendapat anugerah dekan. Namun, keputusan baru-baru ini sedikit mengecewakan. Pointer mek menurun dan CG mek kurang 0.02 lagi dari 3.5. Mek sudah hilang keyakinan dan sedikit demi sedikit mek merasakan yang mek tidak dapat lagi menipu diri mek. Mek ingin melakukan perkara yang mek suka.Semester 3 ini memang mencabar bg mek. Namun, mek gagahi jua demi ibu. Mek nak ibu bangga dengan mek. Satu-satunya anaknya yang dapat memasuki universiti dan menjadi contoh kepada adik-adik mek. Tapi Anggun mek risau akan kemampuan mek tuk meneruskan pengajian ini.

Begitulah yang diceritakan oleh insan intan terpilih kali ini. Anggun akan membawa cerita-cerita daripada insan intan terpilih di lain kali pula.

No comments: