Tuesday, August 12, 2008

Pusaka terakhir

Memang pada mulanya Anggun hendak cerita betapa girangnya Anggun dengan perubahan - perubahan yang dibuat oleh Miss Arielle untuk blog ini. Tetapi ada perkara yang lebih penting untuk Anggun bualkan. Anggun tak mahu ketinggalan dalam membincangkan isu yang satu ini, apatah lagi ianya melibatkan sebuah institusi yang pernah mencurahkan ilmunya kepada Anggun. Sesiapa yang mengikuti perkembangan semasa semestinya sudah dapat mengagak perihal apa yang Anggun ingin bualkan. Ini juga adalah salah satu sebab mengapa Anggun menulis blog, iaitu meluahkan pendapat Anggun. Bagi Anggun kenyataan Tan Sri Khalid mencadangkan kuota 10% agar bukan bumiputera dapat memasuki Universiti Teknologi Mara sama sekali tidak dipersetujui Anggun. UiTM adalah satu -satunya milik bangsa Melayu yang masih dimiliki secara mutlak. Yang lain semuanya telah dikongsi bersama dan bukannya secara sama rata oleh semua kaum di Malaysia. Sudahlah banyak tanah - tanah orang Melayu telah tergadai inikan pula gedung ilmu yang telah banyak membangunkan anak - anak Melayu. Anggun tidak paham mengapa perlu dibuka kepada bukan bumiputra? Kenyataan seperti ini sama sekali memperlihatkan sikap seorang pembelot yang sanggup memperjudikan nasib bangsa sendiri. Adakah semuanya perlu dikongsi bersama? Jikalau begitu di manakah letaknya hak - hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputra?


1 comment:

Anonymous said...

I am agreed and appreciated of ur frustation over the Tan Sri's statement. This the only institution that had left to Bumiputera. what about MSRM that was open to Non-Bumi. I am product of MARA. I am very disappointed and furious.TQ